Tuesday, March 27, 2012

Kemajuan dan Kemunduran Terhadap Agama

Kemajuan dan Kemunduran Terhadap Agama

Tanda kemajuan terhadap agama: Keseluruhan sesebuah komuniti
memiliki ilmu agama melainkan seorang atau dua orang sahaja yang fasik. Jika
mereka berbicara pasti ditegah dan dihalang.

Tanda kemunduran terhadap agama: Keseluruhan sesebuah
komuniti bersikap bengis melainkan seorang atau dua orang sahaja yang memiliki
ilmu agama. Jika mereka berbicara pasti ditegah dan dihalang.

Petanda laknat Allah: Perbuatan maksiat dan aksi porno dan
lucah berlaku secara terang-terangan.

Petanda pejuang hebat di sisi Allah: Orang yang sanggup
bersusah-payah menentang kemungkaran.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ
اللهِ : إِنَّ لِهَذَا الدِّيْنِ إِقْبَالًا وَإِدْبَارًا، أَلَا إِنَّ إِقْبَالَ هَذَا
الدِّيْنِ أَنْ تَفْقَهَ الْقَبِيْلَةُ بِأَسْرِهَا حَتَّى لَا يَبْقَى فِيْهَا إِلَّا
الْفَاسِقُ أَوِ الْفَاسِقَانِ ذَلِيْلَانِ فِيْهَا إِنْ تَكَلَّمَا قُهِرَا وَاضْطُهِدَا،
وَإِنَّ مِنْ إِدْبَارِ هَذَا الدِّيْنِ أَنْ تَجْفُوَ الْقَبِيْلَةُ بِأَسْرِهَا فَلَا
يَبْقَى فِيْهَا إِلَّا الْفَقِيْهُ أَوِ الْفَقِيْهَانِ فِيْهَا ذَلِيْلَانِ إِنْ
تَكَلَّمَا قُهِرَا وَاضْطُهِدَا وَيَلْعَنُ أَخِرُ هَذِهِ الْأُمَّةِ أَوَّلَهَا،
Daripada Abu Umamah , katanya: “Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya bagi agama tempoh kemajuan dan kemunduran. Ketahuilah bahawa
sebahagian tanda kemajuan agama ini ketika keseluruhan satu kabilah (suku kaum)
menjadi ahli ilmu agama, hanya tinggal satu atau dua orang fasiq, mereka berada
dalam keadaan hina pada kabilah tersebut; jika mereka berbicara, maka akan
ditekan dan ditindas. Dan sesungguhnya sebahagian tanda kemunduran agama ini
ketika keseluruhan satu kabilah bersifat bengis, sehingga hanya tinggal satu
atau dua orang ahli ilmu agama, mereka berada dalam keadaaan hina pada kabilah
tersebut; jika mereka berbicara, maka akan ditekan dan ditindas. Dan generasi
akhir ummat ini melaknat generasi awal mereka.
أَلَا وَعَلَيْهِمْ حَلَّتِ اللَّعْنَةُ
حَتَّى يَشْرَبَ الْخَمْرَ عَلَانِيَةً، تَمُرُّ الْمَرْأَةُ بِالْقَوْمِ فَيَقُوْمُ
إِلَيْهَا بَعْضُهُمْ فَيَرْفَعُ بِذَيْلِهَا كَمَا يُرْفَعُ بِذَنَبِ النَّعْجَةِ،
فَقَائِلٌ يَقُوْلُ يَوْمَئِذٍ: أَلَا وَارَيْتَهَا وَرَاءَ الْحَائِطِ. فَهُوَ يَوْمَئِذٍ
فِيْهِمْ مِثْلُ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ فِيْكُمْ، فَمَنْ أَمَرَ يَوْمَئِذٍ بِالْمَعْرُوْفِ
وَنَهَى عَنِ الْمُنْكَرِ فَلَهُ أَجْرُ خَمْسِيْنَ مِمَّنْ رَآنِيْ وَآمَنَ بِيْ وَأَطَاعَنِيْ
وَبَايَعَنِيْ.
(أَخْرَجَهُ الطَّبَرَانِيُّ)
Ketahuilah bahawa laknat akan menimpa mereka sehingga mereka
meminum arak secara terang-terangan; dan seseorang wanita berjalan melintasi
suatu kaum, kemudian seseorang daripada mereka bangun menghadang wanita itu dan
mengangkat celananya sebagaimana ekor anak kambing diangkat, lalu seseorang
berkata, “Bukankah sebaiknya anda sembunyikan wanita itu di belakang tembok!”
Maka kedudukan orang itu di kalangan mereka sebagaimana kedudukan Abu Bakar dan
Umar di kalangan kalian. Ketika itu, sesiapa yang mengajak kepada perkara
kebaikan dan mencegah perkara mungkar, maka ia mendapat pahala 50 orang yang
melihatku, beriman denganku, mentaatiku, dan berbaiah kepadaku”. (Diriwayatkan
oleh ath-Thabarani)

Kata Saidina Ali: Wahai Kumail bin Ziyad! Hati manusia itu
bagaikan suatu bekas. Hati yang terbaik adalah hati yang paling banyak mengisi
ilmu. Peliharalah perkara yang aku sebutkan kepadamu: Manusia itu terdiri
daripada 3 kategori:-

(Pertama): Seorang yang berilmu dan mengajarkan ilmunya.

(Kedua): Seorang yang terus mahu belajar, dan orang inilah
yang berada di atas jalan keselamatan.

(Ketiga): Orang yang tidak berguna dan bodoh, dia mengikuti
setiap orang yang bersuara. Dia adalah seorang yang tidak mempunyai pendirian
senantiasa mengikuti ke mana arah angin bertiup. Ia tidak mengambil panduan
dengan sinaran ilmu dan tidak bersandar pada posisi yang kuat.” (Hilyah al-Auliya).