Monday, October 24, 2011

Ke Arah Mencetuskan Revolusi Minda

لكل انسان طموح ، وطموح الإنسان الايجابي التنمية المستمرة، حيث يبدأ بذاته ولا ينتهي منه ، لأنه ترسخ في لا شعوره ان التغيير يبدأ من الإنسان وبتغيّره يتغير كل شئ .

Setiap insan mempunyai aspirasi. Aspirasi yang positif ialah meningkatkan potensi diri secara berterusan. Memulakan tindakan dengan diri sendiri dengan tanpa kesudahannya. Ini kerana perubahan bermula pada diri sendiri. Jika diri sendiri dapat berubah, maka semua yang lain juga turut berubah.

لذا إذا ادرك المرء ذلك فلا يوقفه العوائق ولا تقدم، في مراحل العمر، ولا انعكاسات الواقع ، و يعمل ليل نهار لتطبيق القواعد لتنمية ذاته وايقاظ همته وتوظيف طاقاته ، حتى يصبح رمزا للايجابية وكتلة من الانتاجية وذلك باتباع القواعد التالية :-

Oleh itu, jika seseorang memahami perkara ini, tiada halangan dan tindak balas yang boleh menghentikan dan menganjakkan dirinya dalam peringkat-peringkat perjalanan hidupnya dan dalam realiti kehidupannya. Ia akan berusaha siang dan malam untuk mempraktikkan kaedah untuk membangunkan diri, menaikkan semangat, menggunakan kekuatan. Sehinggalah dirinya menjadi lambang kepada perkara positif dan produktif. Justeru kaedah-kaedah berikut boleh menjadi panduan:

1- افتخر بإيجابياتك مع تجنب كل معاني الغرور ،وسجّل إنجازاتك على صفحات قلبك وتفكر فيها عند مواطن الضعف وأمام التحديات.

1. Berbanggalah dengan aspek positif pada diri anda, disamping hindarkan daripada terpedaya dengannya. Daftarkan pencapaian anda di lubuk hati anda. Renungilah ia ketika anda lemah dan menghadapi cabaran.

2- املأ فراغك بالخير والتزم ببرنامج متوازن ولا تنسى مصاحبة الخيّرين من بني جلدتك ، وخالط باستمرار من يحبونك ويساهمون في تطويرك.

2. Penuhi waktu lapang dengan kebaikan, iltizam dengan perancangan yang seimbang, jangan lupa mendampingi orang-orang yang baik dan terpilih di kalangan anda. Bergaullah secara berterusan dengan orang yang anda kasihi yang menyumbang untuk membangunkan diri anda.

3- من الضروري ان تحب نفسك ولكن بعيدا عن آفة العُجب ، واحترم ذاتك ولكن على ان لا تنسى قواعد التواضع وخفض الجناح.

3. Sudah menjadi kemestian anda mengasihi diri sendiri, tetapi hindarkan kepincangan ujub. Hargai diri anda tetapi jangan lupa sifat rendah diri.

4- عبر عن مافي باطنك ولكن وفق خطوات مدروسة ومراعات للمواقع معرفة للآخر ، وإيّاك ان تقع في شباك الانفعال و التحامل.

4. Ungkapkan isi hati anda tetapi ikutlah langkah-langkah yang diteliti terlebih dahulu dan melihat kepada situasi untuk memahami orang lain. Berwaspadalah daripada terperangkap tindakan melulu dan sikap prejudis.

5- اشكر من أحسنَ اليك وقدّر من اثنى اليك، ولكن لا تخادع بعدم معرفتك لذاتك ، ولا تتغنى مع انغام المديح.

5. Hargailah orang berbuat baik dan memuji anda. Tetapi janganlah terpedaya dengan sebab anda tidak mengenali diri sendiri dan janganlah mengikut alunan pujian.

6- فليكن اكتشافك لذاتك من اكبر مشاريع حياتك لانك بذلك تعرف مدى صلاحيتك ,هل انت على مستوى الاداء ام عليك الالتزام الاكثر.

6. Jadikan keinginan mengkaji tentang diri sendiri sebagai usaha yang terbesar di dalam hidup anda. Ini kerana ia mendorong anda mengetahui kemampuan diri; adakah anda berada pada tahap sepatutnya atau perlu berusaha lebih.

7- حصن ذهنك من الافكار السلبية وقاوم الموجات السوداوية واياك ان تستقبل رسائل ليست في صالحك.

7. Bentengkan fikiran anda daripada perkara negatif, lawanlah arus yang pincang. Berwaspadalah daripada menerima suatu yang tidak berfaedah untuk diri anda.

8- ان الله سبحانه و تعالى اكرمنا منذ ان خلقنا واكد في محكم تنزيله انه اكرمنا وقال ( ولقد كرمنا بنى ادم ) فلا تتنازل عن هذا التكريم بعقدة النقص وضعف الثقة بالنفس وعدم معرفة الواجب.

8. Allah SWT telah memuliakan kita semenjak Dia menjadikan kita. Oleh itu janganlah menjejaskan kemuliaan tersebut dengan simpulan tidak percaya kepada diri sendiri dan tidak tahu kewajipan.

9- فليكن عتابك لذاتك مراجعة له لا احباطاً ولوماً، تصحيحا لا هزيمة ، ولا تتقمص في لباس ( انا لست في المستوى المطلوب).

9. Jadikan celaan terhadap diri sendiri sebagai suatu penilaian, bukan sebagai kekecewaan dan penghinaan. Ia adalah sebagai pembetulan bukan kekalahan. Janganlah berselubung dengan mengatakan: “Aku tidak berada pada tahap yang diperlukan.”

10- تأجيل الاعمال شئ طبيعي اذا كان مدروسا او ضمن مرونة الخطة، اما اذا كان كسلا او عشوائيا او وقعت في شباك اللامبالات فالحذر الحذر لانك بذلك ستخسر نفسك و الواجب معا.

10. Menangguhkan kerjaya adalah perkara biasa jika ia dilakukan selapas penelitian atau mengikut keanjalan dalam perancangan. Adapun jika berpunca daripada sikap malas, tindakan sembarangan atau sikap tidak endah, maka berwaspadalah kerana anda akan merugikan diri sendiri dan mengaabaikan kewajipan.

11- عند كل صباح انوى على ان تعيش باستقامة لانها منبع الكرامة ، فاذا وقعت في خطأ فاسرع مراجعتها بتوبة نصوحة.

11. Berniat dan berazamlah pada setiap pagi untuk hidup lebih baik secara konsisten. Ini kerana ia ibarat mata air kemuliaan. Jika anda tersilap, bersegeralah untuk kembali bertaubat dengan sebenar-benarnya.

12- من الضروري ان تستفيد من تجارب الاخرين نجاحا وفشلا ، نجاحا للاقتداء وفشلا للاتقاء ، ولكن لا تنسى ان عندك تجارب ذاتية فاغتنمها واعدها وكررها اذا كان يسرك.

12. Sudah menjadi kemestian, anda mestilah mengambil faedah daripada percubaan orang lain yang telah berjaya dan gagal. Akan tetapi jangan lupa anda juga memiliki perancangan tersendiri. Rebutlah ia dan ulanginya jika ia menyenangkan anda.

13- اجعل ما تقوم به من الاعمال والواجبات صغيرا كان او كبيرا وفي أي مجال كان، من ضمن حساباتك ، لذا لا تستهين بابتسامة والى القاء محاضرة ولا تستخف بجلسة استرخاء والى مكافأة الذات بسفرة سياحية.

13. Jadikan pekerjaan dan kewajipan yang anda lakukan sama ada kecil atau besar, dalam apa-apa bidang sekalipun adalah termasuk dalam pertimbangan anda. Oleh itu, janganlah mengambil mudah dengan senyuman dan memberi ucapan. Juga janganlah memandang ringan untuk duduk berehat dan memberi ganjaran untuk diri sendiri.

14- واعلم ليس بامكان احد ان يدخل في اغوار باطنك عقلا و نفسا و روحا دون موافقتك ، دائما راجع جهازالاستقبال عندك ، ومدى تدقيقه في اختيار الامور و مدى دقته في التوافق مع الرغبات

14. Ketahuilah tiada siapa yang boleh meneroka ke dalam lubuk akal, hati dan diri anda tanpa persetujuan anda. Pertimbangkanlah secara berterusan bagaimana anda menerima sesuatu, sejauh mana ketelitian anda memilih sesuatu perkara dan sejauh mana keserasiannya dengan minat.

15- ان الخطأ هو ان لاتبدأ وليس ان لا تخطأ، لأن الابداع لايأتي دون تجارب فاشلة ، فلا تجعل في قاموسك كلمة اسمها فشل و لكن هو التواصل ومحطة من محطات المراجعة.

15. Suatu kesalahan jika anda tidak memulakan, bukan kerana anda tersilap. Ini kerana suatu ciptaan tidak terhasil tanpa percubaan yang gagal. Janganlah muatkan di dalam kamus diri anda kalimah gagal. Akan tetapi perkara yang diperlukan ialah penerusan dan beberapa perhatian untuk membuat penilaian.

16- اقرأ هذه القواعد كل اسبوع مرة واحدة وفي انشط أوقاتك ، ولا تتركها في صفحات حساباتك النظرية ، فلا يأتي الإنتاج الا بالإتباع .

16. Bacalah kaedah ini setiap minggu sekali pada waktu anda cergas. Janganlah anda biarkan sebagai lembaran teori. Tiada sebarang hasil dapat diperolehi tanpa ada ikutan.

فى كل مكان ستجد ظلاما فى حياتك ما عليك إلا أن تنير المصباح فى نفسك .. فنحن لا نملك تغيير الماضى ولا رسم المستقبل بالصورة التى نشاء فلماذا نقتل انفسنا حسرة على شيء لا نستطيع تغييره!!!

Dimana sekalipun tempat yang gelap pasti ada dalam kehidupan anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah nyalakan lampu di dalam diri… Kita tidak boleh mengubah waktu yang lalu dan tidak boleh melakarkan masa hadapan dengan gambaran yang kita mahu. Mengapa kita membunuh diri dengan rasa kecewa di atas sesuatu yang kita tidak mampu ubah.

(( لذلك لا تنتظر ان تكون سعيدا لكى تبتسم ..بل ابتسم لكى تكون سعيد ))

Oleh itu, janganlah anda menantikan kebahagian untuk senyum… tetapi senyumlah supaya anda menjadi bahagia.

Monday, May 30, 2011

Mahu ikut fesyen maksiat atau agama Islam?!

إِنَّ اللَّهَ يَغَارُ وَإِنَّ الْمُؤْمِنَ يَغَارُ وَغَيْرَةُ اللَّهِ أَنْ يَأْتِيَ الْمُؤْمِنُ مَا حَرَّمَ عَلَيْهِ
Sesungguhnya Alah Ta’ala cemburu dan orang mukmin juga cemburu. Kecemburuan Allah bila seorang mukmin melakukan apa yang diharamkan oleh Allah” (Hadis dilaporkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah)

Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala:
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ ...
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka... (An-Nuur: 31)

Wanita-wanita Islam diperintahkan menutupkan dan mengulurkan penutup kepalanya sehingga dapat menutupi leher dan dadanya. Bahagian dada dan belahan dadanya tidak boleh didedahkan sebagaimana yang dilakukan wanita-wanita jahiliah.

Wanita berpakaian ketat di hadapan mahramnya (kerabat si wanita yang haram menikahinya) dan di hadapan wanita lain saja tidak boleh. Apalagi di hadapan lelaki lain. Masalah wanita berpakaian ketat ini ditegaskan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي رِجَالٌ يَرْكَبُونَ عَلَى السُّرُوجِ كَأَشْبَاهِ الرِّجَالِ يَنْزِلُونَ عَلَى أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ نِسَاؤُهُمْ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ عَلَى رُءُوسِهِمْ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْعِجَافِ الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ
Maksudnya: “Akan ada di akhir ummatku orang-orang yang naik di atas pelana seperti orang-orang besar, mereka singgah di depan pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka berpakaian namun telanjang, di atas kepala mereka ada semacam punuk unta, laknatlah mereka karena sesungguhnya mereka itu terlaknat.” (Hadis riwayat Ahmad. Al-Haitsami berkata: Para periwayat Ahmad dinilai Sahih).

Sabda Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam “kasiyat ‘ariyat” telah ditafsirkan:
- Berpakaian dengan pakaian pendek yang tidak menutupi aurat yang harus ditutup.
- Mengenakan pakaian tipis yang tidak menutupi kulitnya dari pandangan di baliknya.
- Pakaian ketat yang memang menutupi kulit dari pandangan namun tetap menampakan lekuk dan bentuk kemolekan tubuh wanita.

Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam lagi:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka, aku belum pernah melihat mereka; satu kaum (penguasa) yang membawa cambuk (besar) seperti ekor lembu, dengannya mereka memukul manusia; dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, menggoda dan melenggok-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati aromanya, padahal aromanya boleh didapat dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan tentang dua fenomena: Sadisme dan Pornoaksi. Golongan pertama adalah kaum lelaki sedangkan golongan kedua adalah kaum wanita. Antara kedua golongan yang berlawanan jenis ini tentu sahaja ada interaksi. Ini kerana, dalam suatu komuniti masyarakat yang banyak dijumpai wanita-wanita seperti golongan kedua, pasti akan banyak terjadi perkosaan, kekerasan, sadisme, pergolakan dan penganiayaan seperti yang dilakukan golongan pertama.

Golongan pertama menggunakan kekerasan sebagai senjatanya sedang golongan kedua menggunakan kelembutan (keindahan) sebagai senjatanya. Golongan kedua sering berselindung di balik istilah moden, seni dan keindahan, untuk menipu manusia. Orang sering mengutuk perbuatan golongan pertama dengan kata-kata kejam, sadis dan buas, tetapi menyanjung golongan kedua dengan sebutan seperti artis, ratu kecantikan dan wanita moden.

Justeru perlu diingat bahawa tidak mendedahkan diri kepada khalayak adalah lebih baik daripada berdedah dengan perhiasan seperti orang yang jahil agama. Firman Allah SWT:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” (Al-Ahzab: 33)

Carilah kebahagiaan, bukan keseronokan melampau...

Kita perlu mengetahui naluri dan kecenderungan diri, juga mengetahui betapa bahayanya musuh iaitu syaitan, serta mendidik diri supaya sentiasa mengingati perjanjian dan ikatan teguh dengan Allah. Iaitu hanya menyembah Allah semata-mata, tidak yang lain, membersihkan jiwa dengan akhlak dan adab-adab yang baik serta sentiasa berusaha untuk mendidik diri. Saat itu, kitalah orang-orang yang mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, serta telah melaksanakan mesej misi kehidupan ini.

Firman Allah SWT: “Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).” (al-A‘raf, 7: 20);

Mendedah aurat adalah perkara mungkar. Sememangnya ia adalah jijik pada tabiat dan dianggap keji pada pandangan akal. Allah SWT telah mewajibkan menutup aurat. Oleh kerana itu, Adam dan Hawa segera menutup aurat. Justeru sesiapa yang mengajak untuk mendedahkan aurat sama ada aurat lelaki atau wanita, bererti ia telah mencabul sifat malu dan mengembalikan manusia kepada kehidupan primitif yang kolot. Di samping itu, ia menjadikan wanita sebagai alat untuk keseronokan dan hiburan. Ia tidak berusaha memelihara kehormatan yang diperintahkan oleh agama dan dituntut oleh fitrah yang sejahtera. Perbuatannya itu boleh disamakan dengan perbuatan syaitan yang difirmankan Allah SWT (yang bermaksud): “…sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua.” (al-A‘raf, 7: 27).

Pujukan iblis mengandungi dua perkara: Bersifat seperti sifat-sifat malaikat dan hidup kekal, tidak mati sama sekali. Kekalnya manusia di dunia bersifat sementara mengikut ajal bermula dari lahir sehingga mati. Di atas muka bumilah, manusia membina kehidupan yang menjadi nikmat terbesar. Ini kerana bumi merupakan tempat kediaman dan berseronok dengan pelbagai perhiasan hidup serta menikmati dengan pelbagai nikmat hidup. Selepas itu kematian akan tiba, kemudian berlaku kebangkitan semula dan keluar dari kubur, kemudian berlaku pula hisab dan pembalasan di alam akhirat.