Tuesday, May 28, 2013

Hal Ehwal Hubungan Dengan Orang Kafir

Dalam perkara yang membabitkan hak, tidak dilihat pada agama atau bangsa seeorang: 

- Harus membantu orang kafir yang dizalimi.
- Harus membuat pakatan dengan orang kafir untuk membantu orang muslim dan bukan muslim yang dizalimi oleh orang muslim yang zalim.
- Tidak harus membuat pakatan dengan orang kafir untuk melawan orang muslim dan bukan muslim yang dizalimi.
- Bukan Islam mempunyai hak dalam urusan bersama sebagai warganegara, bukan urusan khusus bagi orang Islam.

Rumusan daripada Tafsir al-Munir, Dr Wahbah al-Zuhaily:-

عَسَى اللَّهُ أَن يَجْعَلَ بَيْنَكُمْ وَبَيْنَ الَّذِينَ عَادَيْتُم مِّنْهُم مَّوَدَّةً وَاللَّهُ قَدِيرٌ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَّحِيمٌ ، لاَ يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ ، إِنَّمَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ قَاتَلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَأَخْرَجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ وَظَاهَرُوا عَلَى إِخْرَاجِكُمْ أَن تَوَلَّوْهُمْ وَمَن يَتَوَلَّهُمْ فَأُوْلَئِكَ هُمُ الظَّالِمُونَ

(bermaksud): “Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” (al-Mumtahinah, 60: 7-9).

- Tiada tegahan ikatan setia atau persetujuan antara kaum muslimin dan selain mereka. Tegahan hanyalah membabitkan ikatan setia dan persetujuan yang dijalinkan untuk kepentingan bukan Islam. Ini kerana Nabi s.‘a.w pernah melakukan ikat setia dengan Khuza‘ah sedangkan mereka dalam kesyirikan.

- Tiada halangan menjalinkan hubungan mesra dan berinteraksi secara harmoni dengan orang-orang kafir yang tidak memusuhi Islam dari segi zahir, di samping tidak redha dengan kekufuran mereka pada hakikat yang tersirat.

- Tiada tegahan untuk bergaul, berinteraksi atau memberi kepercayaan terhadap bukan muslim dalam urusan-urusan tertentu yang tidak menggugat kemaslahatan umum orang-orang Islam.

- Harus meminta bantuan daripada orang-orang kafir untuk melawan orang kafir yang lain. Itu pun jika orang kafir bersangka baik terhadap orang-orang Islam.

- Harus meminta bantuan daripada orang-orang kafir jika keadaan memerlukan.
  
Hal ini disebabkan oleh:

- Nabi s.‘a.w sebagaimana riwayat Muslim - meminta bantuan dengan Safwan bin Umaiyah pada hari peperangan Hunain untuk memerangi Hawazan,
- Bani Khuza‘ah berkerjasama dengan Nabi s.‘a.w pada hari pembukaan kota Mekah,
- Quzman - seorang munafik - menyertai para Sahabat dalam peperangan Uhud sedangkan ia seorang musyrik.

Wednesday, September 26, 2012

Lintasan Hati ke 12 (Afrah Ruh)


Kelemahan yang ada pada manusia bukanlah menjadi sebab untuk manusia melanggar perintah Allah. Sekalipun Allah menjadikan manusia lemah tetapi Allah menjadikannya dalam bentuk yang sebaik-baiknya dan telah memuliakannya. Segala apa yang Allah tetapkan adalah untuk kebahagian manusia.
 
Apabila manusia melanggar ketetapan itu, ia akan terjerumus kepada kebinasaan dan kecelakaan. Apabila manusia ditetapkan mesti menghirup udara oksigen dan meminum air, maka tanpanya ia pasti akan binasa. Apabila Allah menetapkan hukum-hakamNya, maka pastilah ia adalah suatu keperluan dan kemestian serta berada dalam batas kemampuan manusia untuk melakukannya.
 
Jika manusia memilih hukum-hakam selain yang ditetapkan Allah, maka bererti ia telah memilih jalan kebinasaan. Ini kerana, Allah tidak sesekali menetapkan hukum-hakam yang di luar kemampuan manusia.
 
Oleh yang demikian, tidak wajar seseorang memilih selain hukum-hakam dan budaya hidup Islam yang ditetapkan Allah dengan alasan untuk mencapai suatu hasrat murni. Ini kerana Allah lebih mengetahui tentang hasrat seseorang manusia dan lebih menyayanginya daripada seseorang itu mengasihi dirinya sendiri.
 
Justeru apakah kita merasakan Allah tidak cukup sayang kepada kita sehingga sanggup meronta-ronta ingin melepaskan diri daripada dakapan kasih-sayang Allah!!! Adakah kita tidak bersetuju dengan ketetapan dan pilihan Allah, sedangkan Dialah yang menjadikan kita. Wajarkah seseorang mengaku sebagai muslim, tetapi tidak mahu berserah untuk menerima suatu hukum Islam?!
Al-Syahid Saiyid Qutb menyebut dalam Afrah Ruh:   http://karyahasan.blogspot.com/2012/06/rintihan-kalbu.html

 
 

Tuesday, March 27, 2012

Kemajuan dan Kemunduran Terhadap Agama

Kemajuan dan Kemunduran Terhadap Agama

Tanda kemajuan terhadap agama: Keseluruhan sesebuah komuniti
memiliki ilmu agama melainkan seorang atau dua orang sahaja yang fasik. Jika
mereka berbicara pasti ditegah dan dihalang.

Tanda kemunduran terhadap agama: Keseluruhan sesebuah
komuniti bersikap bengis melainkan seorang atau dua orang sahaja yang memiliki
ilmu agama. Jika mereka berbicara pasti ditegah dan dihalang.

Petanda laknat Allah: Perbuatan maksiat dan aksi porno dan
lucah berlaku secara terang-terangan.

Petanda pejuang hebat di sisi Allah: Orang yang sanggup
bersusah-payah menentang kemungkaran.

عَنْ أَبِي أُمَامَةَ قَالَ: قَالَ رَسُوْلُ
اللهِ : إِنَّ لِهَذَا الدِّيْنِ إِقْبَالًا وَإِدْبَارًا، أَلَا إِنَّ إِقْبَالَ هَذَا
الدِّيْنِ أَنْ تَفْقَهَ الْقَبِيْلَةُ بِأَسْرِهَا حَتَّى لَا يَبْقَى فِيْهَا إِلَّا
الْفَاسِقُ أَوِ الْفَاسِقَانِ ذَلِيْلَانِ فِيْهَا إِنْ تَكَلَّمَا قُهِرَا وَاضْطُهِدَا،
وَإِنَّ مِنْ إِدْبَارِ هَذَا الدِّيْنِ أَنْ تَجْفُوَ الْقَبِيْلَةُ بِأَسْرِهَا فَلَا
يَبْقَى فِيْهَا إِلَّا الْفَقِيْهُ أَوِ الْفَقِيْهَانِ فِيْهَا ذَلِيْلَانِ إِنْ
تَكَلَّمَا قُهِرَا وَاضْطُهِدَا وَيَلْعَنُ أَخِرُ هَذِهِ الْأُمَّةِ أَوَّلَهَا،
Daripada Abu Umamah , katanya: “Rasulullah bersabda:
“Sesungguhnya bagi agama tempoh kemajuan dan kemunduran. Ketahuilah bahawa
sebahagian tanda kemajuan agama ini ketika keseluruhan satu kabilah (suku kaum)
menjadi ahli ilmu agama, hanya tinggal satu atau dua orang fasiq, mereka berada
dalam keadaan hina pada kabilah tersebut; jika mereka berbicara, maka akan
ditekan dan ditindas. Dan sesungguhnya sebahagian tanda kemunduran agama ini
ketika keseluruhan satu kabilah bersifat bengis, sehingga hanya tinggal satu
atau dua orang ahli ilmu agama, mereka berada dalam keadaaan hina pada kabilah
tersebut; jika mereka berbicara, maka akan ditekan dan ditindas. Dan generasi
akhir ummat ini melaknat generasi awal mereka.
أَلَا وَعَلَيْهِمْ حَلَّتِ اللَّعْنَةُ
حَتَّى يَشْرَبَ الْخَمْرَ عَلَانِيَةً، تَمُرُّ الْمَرْأَةُ بِالْقَوْمِ فَيَقُوْمُ
إِلَيْهَا بَعْضُهُمْ فَيَرْفَعُ بِذَيْلِهَا كَمَا يُرْفَعُ بِذَنَبِ النَّعْجَةِ،
فَقَائِلٌ يَقُوْلُ يَوْمَئِذٍ: أَلَا وَارَيْتَهَا وَرَاءَ الْحَائِطِ. فَهُوَ يَوْمَئِذٍ
فِيْهِمْ مِثْلُ أَبِي بَكْرٍ وَعُمَرَ فِيْكُمْ، فَمَنْ أَمَرَ يَوْمَئِذٍ بِالْمَعْرُوْفِ
وَنَهَى عَنِ الْمُنْكَرِ فَلَهُ أَجْرُ خَمْسِيْنَ مِمَّنْ رَآنِيْ وَآمَنَ بِيْ وَأَطَاعَنِيْ
وَبَايَعَنِيْ.
(أَخْرَجَهُ الطَّبَرَانِيُّ)
Ketahuilah bahawa laknat akan menimpa mereka sehingga mereka
meminum arak secara terang-terangan; dan seseorang wanita berjalan melintasi
suatu kaum, kemudian seseorang daripada mereka bangun menghadang wanita itu dan
mengangkat celananya sebagaimana ekor anak kambing diangkat, lalu seseorang
berkata, “Bukankah sebaiknya anda sembunyikan wanita itu di belakang tembok!”
Maka kedudukan orang itu di kalangan mereka sebagaimana kedudukan Abu Bakar dan
Umar di kalangan kalian. Ketika itu, sesiapa yang mengajak kepada perkara
kebaikan dan mencegah perkara mungkar, maka ia mendapat pahala 50 orang yang
melihatku, beriman denganku, mentaatiku, dan berbaiah kepadaku”. (Diriwayatkan
oleh ath-Thabarani)

Kata Saidina Ali: Wahai Kumail bin Ziyad! Hati manusia itu
bagaikan suatu bekas. Hati yang terbaik adalah hati yang paling banyak mengisi
ilmu. Peliharalah perkara yang aku sebutkan kepadamu: Manusia itu terdiri
daripada 3 kategori:-

(Pertama): Seorang yang berilmu dan mengajarkan ilmunya.

(Kedua): Seorang yang terus mahu belajar, dan orang inilah
yang berada di atas jalan keselamatan.

(Ketiga): Orang yang tidak berguna dan bodoh, dia mengikuti
setiap orang yang bersuara. Dia adalah seorang yang tidak mempunyai pendirian
senantiasa mengikuti ke mana arah angin bertiup. Ia tidak mengambil panduan
dengan sinaran ilmu dan tidak bersandar pada posisi yang kuat.” (Hilyah al-Auliya).

Monday, October 24, 2011

Ke Arah Mencetuskan Revolusi Minda

لكل انسان طموح ، وطموح الإنسان الايجابي التنمية المستمرة، حيث يبدأ بذاته ولا ينتهي منه ، لأنه ترسخ في لا شعوره ان التغيير يبدأ من الإنسان وبتغيّره يتغير كل شئ .

Setiap insan mempunyai aspirasi. Aspirasi yang positif ialah meningkatkan potensi diri secara berterusan. Memulakan tindakan dengan diri sendiri dengan tanpa kesudahannya. Ini kerana perubahan bermula pada diri sendiri. Jika diri sendiri dapat berubah, maka semua yang lain juga turut berubah.

لذا إذا ادرك المرء ذلك فلا يوقفه العوائق ولا تقدم، في مراحل العمر، ولا انعكاسات الواقع ، و يعمل ليل نهار لتطبيق القواعد لتنمية ذاته وايقاظ همته وتوظيف طاقاته ، حتى يصبح رمزا للايجابية وكتلة من الانتاجية وذلك باتباع القواعد التالية :-

Oleh itu, jika seseorang memahami perkara ini, tiada halangan dan tindak balas yang boleh menghentikan dan menganjakkan dirinya dalam peringkat-peringkat perjalanan hidupnya dan dalam realiti kehidupannya. Ia akan berusaha siang dan malam untuk mempraktikkan kaedah untuk membangunkan diri, menaikkan semangat, menggunakan kekuatan. Sehinggalah dirinya menjadi lambang kepada perkara positif dan produktif. Justeru kaedah-kaedah berikut boleh menjadi panduan:

1- افتخر بإيجابياتك مع تجنب كل معاني الغرور ،وسجّل إنجازاتك على صفحات قلبك وتفكر فيها عند مواطن الضعف وأمام التحديات.

1. Berbanggalah dengan aspek positif pada diri anda, disamping hindarkan daripada terpedaya dengannya. Daftarkan pencapaian anda di lubuk hati anda. Renungilah ia ketika anda lemah dan menghadapi cabaran.

2- املأ فراغك بالخير والتزم ببرنامج متوازن ولا تنسى مصاحبة الخيّرين من بني جلدتك ، وخالط باستمرار من يحبونك ويساهمون في تطويرك.

2. Penuhi waktu lapang dengan kebaikan, iltizam dengan perancangan yang seimbang, jangan lupa mendampingi orang-orang yang baik dan terpilih di kalangan anda. Bergaullah secara berterusan dengan orang yang anda kasihi yang menyumbang untuk membangunkan diri anda.

3- من الضروري ان تحب نفسك ولكن بعيدا عن آفة العُجب ، واحترم ذاتك ولكن على ان لا تنسى قواعد التواضع وخفض الجناح.

3. Sudah menjadi kemestian anda mengasihi diri sendiri, tetapi hindarkan kepincangan ujub. Hargai diri anda tetapi jangan lupa sifat rendah diri.

4- عبر عن مافي باطنك ولكن وفق خطوات مدروسة ومراعات للمواقع معرفة للآخر ، وإيّاك ان تقع في شباك الانفعال و التحامل.

4. Ungkapkan isi hati anda tetapi ikutlah langkah-langkah yang diteliti terlebih dahulu dan melihat kepada situasi untuk memahami orang lain. Berwaspadalah daripada terperangkap tindakan melulu dan sikap prejudis.

5- اشكر من أحسنَ اليك وقدّر من اثنى اليك، ولكن لا تخادع بعدم معرفتك لذاتك ، ولا تتغنى مع انغام المديح.

5. Hargailah orang berbuat baik dan memuji anda. Tetapi janganlah terpedaya dengan sebab anda tidak mengenali diri sendiri dan janganlah mengikut alunan pujian.

6- فليكن اكتشافك لذاتك من اكبر مشاريع حياتك لانك بذلك تعرف مدى صلاحيتك ,هل انت على مستوى الاداء ام عليك الالتزام الاكثر.

6. Jadikan keinginan mengkaji tentang diri sendiri sebagai usaha yang terbesar di dalam hidup anda. Ini kerana ia mendorong anda mengetahui kemampuan diri; adakah anda berada pada tahap sepatutnya atau perlu berusaha lebih.

7- حصن ذهنك من الافكار السلبية وقاوم الموجات السوداوية واياك ان تستقبل رسائل ليست في صالحك.

7. Bentengkan fikiran anda daripada perkara negatif, lawanlah arus yang pincang. Berwaspadalah daripada menerima suatu yang tidak berfaedah untuk diri anda.

8- ان الله سبحانه و تعالى اكرمنا منذ ان خلقنا واكد في محكم تنزيله انه اكرمنا وقال ( ولقد كرمنا بنى ادم ) فلا تتنازل عن هذا التكريم بعقدة النقص وضعف الثقة بالنفس وعدم معرفة الواجب.

8. Allah SWT telah memuliakan kita semenjak Dia menjadikan kita. Oleh itu janganlah menjejaskan kemuliaan tersebut dengan simpulan tidak percaya kepada diri sendiri dan tidak tahu kewajipan.

9- فليكن عتابك لذاتك مراجعة له لا احباطاً ولوماً، تصحيحا لا هزيمة ، ولا تتقمص في لباس ( انا لست في المستوى المطلوب).

9. Jadikan celaan terhadap diri sendiri sebagai suatu penilaian, bukan sebagai kekecewaan dan penghinaan. Ia adalah sebagai pembetulan bukan kekalahan. Janganlah berselubung dengan mengatakan: “Aku tidak berada pada tahap yang diperlukan.”

10- تأجيل الاعمال شئ طبيعي اذا كان مدروسا او ضمن مرونة الخطة، اما اذا كان كسلا او عشوائيا او وقعت في شباك اللامبالات فالحذر الحذر لانك بذلك ستخسر نفسك و الواجب معا.

10. Menangguhkan kerjaya adalah perkara biasa jika ia dilakukan selapas penelitian atau mengikut keanjalan dalam perancangan. Adapun jika berpunca daripada sikap malas, tindakan sembarangan atau sikap tidak endah, maka berwaspadalah kerana anda akan merugikan diri sendiri dan mengaabaikan kewajipan.

11- عند كل صباح انوى على ان تعيش باستقامة لانها منبع الكرامة ، فاذا وقعت في خطأ فاسرع مراجعتها بتوبة نصوحة.

11. Berniat dan berazamlah pada setiap pagi untuk hidup lebih baik secara konsisten. Ini kerana ia ibarat mata air kemuliaan. Jika anda tersilap, bersegeralah untuk kembali bertaubat dengan sebenar-benarnya.

12- من الضروري ان تستفيد من تجارب الاخرين نجاحا وفشلا ، نجاحا للاقتداء وفشلا للاتقاء ، ولكن لا تنسى ان عندك تجارب ذاتية فاغتنمها واعدها وكررها اذا كان يسرك.

12. Sudah menjadi kemestian, anda mestilah mengambil faedah daripada percubaan orang lain yang telah berjaya dan gagal. Akan tetapi jangan lupa anda juga memiliki perancangan tersendiri. Rebutlah ia dan ulanginya jika ia menyenangkan anda.

13- اجعل ما تقوم به من الاعمال والواجبات صغيرا كان او كبيرا وفي أي مجال كان، من ضمن حساباتك ، لذا لا تستهين بابتسامة والى القاء محاضرة ولا تستخف بجلسة استرخاء والى مكافأة الذات بسفرة سياحية.

13. Jadikan pekerjaan dan kewajipan yang anda lakukan sama ada kecil atau besar, dalam apa-apa bidang sekalipun adalah termasuk dalam pertimbangan anda. Oleh itu, janganlah mengambil mudah dengan senyuman dan memberi ucapan. Juga janganlah memandang ringan untuk duduk berehat dan memberi ganjaran untuk diri sendiri.

14- واعلم ليس بامكان احد ان يدخل في اغوار باطنك عقلا و نفسا و روحا دون موافقتك ، دائما راجع جهازالاستقبال عندك ، ومدى تدقيقه في اختيار الامور و مدى دقته في التوافق مع الرغبات

14. Ketahuilah tiada siapa yang boleh meneroka ke dalam lubuk akal, hati dan diri anda tanpa persetujuan anda. Pertimbangkanlah secara berterusan bagaimana anda menerima sesuatu, sejauh mana ketelitian anda memilih sesuatu perkara dan sejauh mana keserasiannya dengan minat.

15- ان الخطأ هو ان لاتبدأ وليس ان لا تخطأ، لأن الابداع لايأتي دون تجارب فاشلة ، فلا تجعل في قاموسك كلمة اسمها فشل و لكن هو التواصل ومحطة من محطات المراجعة.

15. Suatu kesalahan jika anda tidak memulakan, bukan kerana anda tersilap. Ini kerana suatu ciptaan tidak terhasil tanpa percubaan yang gagal. Janganlah muatkan di dalam kamus diri anda kalimah gagal. Akan tetapi perkara yang diperlukan ialah penerusan dan beberapa perhatian untuk membuat penilaian.

16- اقرأ هذه القواعد كل اسبوع مرة واحدة وفي انشط أوقاتك ، ولا تتركها في صفحات حساباتك النظرية ، فلا يأتي الإنتاج الا بالإتباع .

16. Bacalah kaedah ini setiap minggu sekali pada waktu anda cergas. Janganlah anda biarkan sebagai lembaran teori. Tiada sebarang hasil dapat diperolehi tanpa ada ikutan.

فى كل مكان ستجد ظلاما فى حياتك ما عليك إلا أن تنير المصباح فى نفسك .. فنحن لا نملك تغيير الماضى ولا رسم المستقبل بالصورة التى نشاء فلماذا نقتل انفسنا حسرة على شيء لا نستطيع تغييره!!!

Dimana sekalipun tempat yang gelap pasti ada dalam kehidupan anda. Apa yang perlu anda lakukan ialah nyalakan lampu di dalam diri… Kita tidak boleh mengubah waktu yang lalu dan tidak boleh melakarkan masa hadapan dengan gambaran yang kita mahu. Mengapa kita membunuh diri dengan rasa kecewa di atas sesuatu yang kita tidak mampu ubah.

(( لذلك لا تنتظر ان تكون سعيدا لكى تبتسم ..بل ابتسم لكى تكون سعيد ))

Oleh itu, janganlah anda menantikan kebahagian untuk senyum… tetapi senyumlah supaya anda menjadi bahagia.

Monday, May 30, 2011

Mahu ikut fesyen maksiat atau agama Islam?!

إِنَّ اللَّهَ يَغَارُ وَإِنَّ الْمُؤْمِنَ يَغَارُ وَغَيْرَةُ اللَّهِ أَنْ يَأْتِيَ الْمُؤْمِنُ مَا حَرَّمَ عَلَيْهِ
Sesungguhnya Alah Ta’ala cemburu dan orang mukmin juga cemburu. Kecemburuan Allah bila seorang mukmin melakukan apa yang diharamkan oleh Allah” (Hadis dilaporkan oleh Muslim daripada Abu Hurairah)

Firman Allah Subhanahu wa ta‘ala:
وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ ...
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka... (An-Nuur: 31)

Wanita-wanita Islam diperintahkan menutupkan dan mengulurkan penutup kepalanya sehingga dapat menutupi leher dan dadanya. Bahagian dada dan belahan dadanya tidak boleh didedahkan sebagaimana yang dilakukan wanita-wanita jahiliah.

Wanita berpakaian ketat di hadapan mahramnya (kerabat si wanita yang haram menikahinya) dan di hadapan wanita lain saja tidak boleh. Apalagi di hadapan lelaki lain. Masalah wanita berpakaian ketat ini ditegaskan oleh Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam:

سَيَكُونُ فِي آخِرِ أُمَّتِي رِجَالٌ يَرْكَبُونَ عَلَى السُّرُوجِ كَأَشْبَاهِ الرِّجَالِ يَنْزِلُونَ عَلَى أَبْوَابِ الْمَسْجِدِ نِسَاؤُهُمْ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ عَلَى رُءُوسِهِمْ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْعِجَافِ الْعَنُوهُنَّ فَإِنَّهُنَّ مَلْعُونَاتٌ
Maksudnya: “Akan ada di akhir ummatku orang-orang yang naik di atas pelana seperti orang-orang besar, mereka singgah di depan pintu-pintu masjid, wanita-wanita mereka berpakaian namun telanjang, di atas kepala mereka ada semacam punuk unta, laknatlah mereka karena sesungguhnya mereka itu terlaknat.” (Hadis riwayat Ahmad. Al-Haitsami berkata: Para periwayat Ahmad dinilai Sahih).

Sabda Baginda Sallallahu ‘alaihi wasallam “kasiyat ‘ariyat” telah ditafsirkan:
- Berpakaian dengan pakaian pendek yang tidak menutupi aurat yang harus ditutup.
- Mengenakan pakaian tipis yang tidak menutupi kulitnya dari pandangan di baliknya.
- Pakaian ketat yang memang menutupi kulit dari pandangan namun tetap menampakan lekuk dan bentuk kemolekan tubuh wanita.

Sabda Nabi Sallallahu ‘alaihi wasallam lagi:
صِنْفَانِ مِنْ أَهْلِ النَّارِ لَمْ أَرَهُمَا قَوْمٌ مَعَهُمْ سِيَاطٌ كَأَذْنَابِ الْبَقَرِ يَضْرِبُونَ بِهَا النَّاسَ ، وَنِسَاءٌ كَاسِيَاتٌ عَارِيَاتٌ مُمِيلاَتٌ مَائِلاَتٌ رُءُوسُهُنَّ كَأَسْنِمَةِ الْبُخْتِ الْمَائِلَةِ ، لاَ يَدْخُلْنَ الْجَنَّةَ وَلاَ يَجِدْنَ رِيحَهَا وَإِنَّ رِيحَهَا لَيُوجَدُ مِنْ مَسِيرَةِ كَذَا وَكَذَا
Maksudnya: “Dua golongan termasuk ahli neraka, aku belum pernah melihat mereka; satu kaum (penguasa) yang membawa cambuk (besar) seperti ekor lembu, dengannya mereka memukul manusia; dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, menggoda dan melenggok-lenggok, kepala mereka seperti punuk unta yang miring. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mendapati aromanya, padahal aromanya boleh didapat dari jarak perjalanan sekian dan sekian.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wasallam menyebutkan tentang dua fenomena: Sadisme dan Pornoaksi. Golongan pertama adalah kaum lelaki sedangkan golongan kedua adalah kaum wanita. Antara kedua golongan yang berlawanan jenis ini tentu sahaja ada interaksi. Ini kerana, dalam suatu komuniti masyarakat yang banyak dijumpai wanita-wanita seperti golongan kedua, pasti akan banyak terjadi perkosaan, kekerasan, sadisme, pergolakan dan penganiayaan seperti yang dilakukan golongan pertama.

Golongan pertama menggunakan kekerasan sebagai senjatanya sedang golongan kedua menggunakan kelembutan (keindahan) sebagai senjatanya. Golongan kedua sering berselindung di balik istilah moden, seni dan keindahan, untuk menipu manusia. Orang sering mengutuk perbuatan golongan pertama dengan kata-kata kejam, sadis dan buas, tetapi menyanjung golongan kedua dengan sebutan seperti artis, ratu kecantikan dan wanita moden.

Justeru perlu diingat bahawa tidak mendedahkan diri kepada khalayak adalah lebih baik daripada berdedah dengan perhiasan seperti orang yang jahil agama. Firman Allah SWT:

وَقَرْنَ فِي بُيُوتِكُنَّ وَلاَ تَبَرَّجْنَ تَبَرُّجَ الْجَاهِلِيَّةِ الأُولَى
Maksudnya: “Dan hendaklah kamu tetap di rumahmu dan janganlah kamu berhias dan bertingkah laku seperti orang-orang jahiliyah.” (Al-Ahzab: 33)

Carilah kebahagiaan, bukan keseronokan melampau...

Kita perlu mengetahui naluri dan kecenderungan diri, juga mengetahui betapa bahayanya musuh iaitu syaitan, serta mendidik diri supaya sentiasa mengingati perjanjian dan ikatan teguh dengan Allah. Iaitu hanya menyembah Allah semata-mata, tidak yang lain, membersihkan jiwa dengan akhlak dan adab-adab yang baik serta sentiasa berusaha untuk mendidik diri. Saat itu, kitalah orang-orang yang mendapat kebahagiaan di dunia dan akhirat, serta telah melaksanakan mesej misi kehidupan ini.

Firman Allah SWT: “Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepada mereka berdua supaya (dapatlah) ia menampakkan kepada mereka akan aurat mereka yang (sekian lama) tertutup dari (pandangan) mereka, sambil ia berkata: “Tidaklah Tuhan kamu melarang kamu daripada (menghampiri) pokok ini, melainkan (kerana Ia tidak suka) kamu berdua menjadi malaikat atau menjadi dari orang-orang yang kekal (selama-lamanya di dalam Syurga).” (al-A‘raf, 7: 20);

Mendedah aurat adalah perkara mungkar. Sememangnya ia adalah jijik pada tabiat dan dianggap keji pada pandangan akal. Allah SWT telah mewajibkan menutup aurat. Oleh kerana itu, Adam dan Hawa segera menutup aurat. Justeru sesiapa yang mengajak untuk mendedahkan aurat sama ada aurat lelaki atau wanita, bererti ia telah mencabul sifat malu dan mengembalikan manusia kepada kehidupan primitif yang kolot. Di samping itu, ia menjadikan wanita sebagai alat untuk keseronokan dan hiburan. Ia tidak berusaha memelihara kehormatan yang diperintahkan oleh agama dan dituntut oleh fitrah yang sejahtera. Perbuatannya itu boleh disamakan dengan perbuatan syaitan yang difirmankan Allah SWT (yang bermaksud): “…sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua.” (al-A‘raf, 7: 27).

Pujukan iblis mengandungi dua perkara: Bersifat seperti sifat-sifat malaikat dan hidup kekal, tidak mati sama sekali. Kekalnya manusia di dunia bersifat sementara mengikut ajal bermula dari lahir sehingga mati. Di atas muka bumilah, manusia membina kehidupan yang menjadi nikmat terbesar. Ini kerana bumi merupakan tempat kediaman dan berseronok dengan pelbagai perhiasan hidup serta menikmati dengan pelbagai nikmat hidup. Selepas itu kematian akan tiba, kemudian berlaku kebangkitan semula dan keluar dari kubur, kemudian berlaku pula hisab dan pembalasan di alam akhirat.

Thursday, September 23, 2010

Kita Satu Umat

Firman Allah SWT:

كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللَّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنْذِرِينَ وَأَنْزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ فِيمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ وَمَا اخْتَلَفَ فِيهِ إِلَّا الَّذِينَ أُوتُوهُ مِنْ بَعْدِ مَا جَاءَتْهُمُ الْبَيِّنَاتُ بَغْيًا بَيْنَهُمْ فَهَدَى اللَّهُ الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَا اخْتَلَفُوا فِيهِ مِنَ الْحَقِّ بِإِذْنِهِ وَاللَّهُ يَهْدِي مَنْ يَشَاءُ إِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيمٍ
Pada mulanya manusia itu ialah umat yang satu (menurut ugama Allah yang satu, tetapi setelah mereka berselisihan), maka Allah mengutuskan Nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira (kepada orang-orang yang beriman dengan balasan Syurga, dan pemberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar dengan balasan azab neraka); dan Allah menurunkan bersama Nabi-nabi itu Kitab-kitab Suci yang (mengandungi keterangan-keterangan yang) benar, untuk menjalankan hukum di antara manusia mengenai apa yang mereka perselisihkan dan (sebenarnya) tidak ada yang melakukan perselisihan melainkan orang-orang yang telah diberi kepada mereka Kitab-kitab Suci itu, iaitu sesudah datang kepada mereka keterangan-keterangan yang jelas nyata, - mereka berselisih semata-mata kerana hasad dengki sesama sendiri. Maka Allah memberikan petunjuk kepada orang-orang yang beriman ke arah kebenaran yang diperselisihkan oleh mereka (yang derhaka itu), dengan izinNya. Dan Allah sentiasa memberi petunjuk hidayahNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya ke jalan yang lurus (menurut undang-undang peraturanNya). (al-Baqarah, 2: 213)

FirmanNya lagi:

وَإِنَّ هَذِهِ أُمَّتُكُمْ أُمَّةً وَاحِدَةً وَأَنَا رَبُّكُمْ فَاتَّقُون فَتَقَطَّعُوا أَمْرَهُمْ بَيْنَهُمْ زُبُرًا كُلُّ حِزْبٍ بِمَا لَدَيْهِمْ فَرِحُونَ
"Dan sesungguhnya ugama Islam ini ialah ugama kamu - ugama yang satu asas pokoknya, dan Akulah Tuhan kamu; maka bertaqwalah kamu kepadaKu.Kemudian umat Rasul-rasul itu berpecah-belah dalam urusan ugama mereka kepada beberapa pecahan, tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka. (al-Mukminun; 23: 52-53).

Wabak kehinaan dan fitnah yang mencengkam umat Islam masa kini hanya dapat diubati dengan perlaksanaan tuntutan keimanan sepenuhnya. Firman Allah SWT:

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُوا إِلَّا بِحَبْلٍ مِنَ اللَّهِ وَحَبْلٍ مِنَ النَّاسِ وَبَاءُوا بِغَضَبٍ مِنَ اللَّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُوا يَكْفُرُونَ بِآَيَاتِ اللَّهِ وَيَقْتُلُونَ الْأَنْبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوْا وَكَانُوا يَعْتَدُونَ
“Mereka ditimpakan kehinaan (dari segala jurusan) di mana sahaja mereka berada, kecuali dengan adanya sebab dari Allah dan adanya sebab dari manusia. Dan sudah sepatutnya mereka beroleh kemurkaan dari Allah, dan mereka ditimpakan kemiskinan (dari segala jurusan). Yang demikian itu, disebabkan mereka sentiasa kufur ingkar akan ayat-ayat Allah (perintah-perintahNya), dan mereka membunuh Nabi-nabi dengan tiada alasan yang benar. Semuanya itu disebabkan mereka derhaka dan mereka sentiasa mencerobohi (hukum-hukum Allah). (Ali Imran, 3: 112).

Tanpa keimanan yang mantap, umat Islam akan menjadi hina dan mundur. Firman Allah SWT:
وَلَا تَهِنُوا وَلَا تَحْزَنُوا وَأَنْتُمُ الْأَعْلَوْنَ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ
“Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman.” (Ali Imran, 3: 139).

Jika umat Islam mahu mewarisi kekuasaan di bumi, maka jadilah hamba Allah yang soleh:
وَلَقَدْ كَتَبْنَا فِي الزَّبُورِ مِنْ بَعْدِ الذِّكْرِ أَنَّ الْأَرْضَ يَرِثُهَا عِبَادِيَ الصَّالِحُونَ
“Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Lauh Mahfuz: "Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.” (al-Anbiya’: 21: 105).

Segala urusan di dunia ini mestilah dilakukan dengan menepati etika sebagai HAMBA ALLAH YANG SOLEH. Tuntutan pengabdian dan perhambaan diri kepada Allah mestilah ditunaikan sepenuhnya. Kemuliaan insan yang sebenar hanya dengan mengHAMBAkan diri kepada Allah SWT. Perkara agama mestilah ditaati dan diikuti sepenuhnya, tidak boleh direka-reka mengikut andaian sendiri, hanya dalam perkara dunia sahaja manusia boleh mereka-cipta. Asas dalam perkara agama ialah ittiba’ (mengikut), asas dalam perkara dunia ialah ibtida’ (melakukan pembaharuan). Perkara agama yang sudah muktamad tidak boleh dipertikai atau dipersoalkan: "Kenapa?" Perkara yang perlu diketahui adalah sekadar "Bagaimana?". Tidak wajar ditimbulkan isu "Kenapa perlu dilaksanakan" sebab ia sememangnya mesti dilaksanakan. Sewajarnya, perkara yang menjadi isu ialah "Bagaimana hendak dilaksanakan?"

Firman Allah SWT:
قُلْ أَتُعَلِّمُونَ اللَّهَ بِدِينِكُمْ وَاللَّهُ يَعْلَمُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَمَا فِي الْأَرْضِ وَاللَّهُ بِكُلِّ شَيْءٍ عَلِيمٌ
“Patutkah kamu hendak memberitahu kepada Allah tentang ugama kamu (dengan berkata: “Kami telah beriman)? Padahal Allah mengetahui segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.” (al-Hujurat; 49: 16).

Kekuasaan di bumi hanya dapat dicapai dengan pelaksanaan syarat-syarat yang dinyatakan dalam firman Allah SWT:
الَّذِينَ إِنْ مَكَّنَّاهُمْ فِي الْأَرْضِ أَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ وَأَمَرُوا بِالْمَعْرُوفِ وَنَهَوْا عَنِ الْمُنْكَرِ وَلِلَّهِ عَاقِبَةُ الْأُمُورِ
“Iaitu mereka (umat Islam) yang jika Kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar. Dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.” (al-Hajj, 22: 41).

Menerusi ayat ini Allah SWT menjelaskan bahawa orang-orang yang membela dan memperjuangkan agama Allah ialah orang yang menunaikan syarat mendapat kekuasaan di bumi iaitu:

1) “mendirikan sembahyang”: Melaksanakan ibadah khusus dan mengukuhkan hubungan dengan Allah SWT.
2) “memberi zakat”: Menjana kekuatan ekonomi.
3) “menyuruh berbuat kebaikan serta melarang dari melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar”: Memelihara keharmonian sosial dan menjaga hubungan baik sesama insan.

SATU umat Islam diseru supaya bersatu-padu di atas SATU landasan, iaitu landasan ajaran Islam. Janganlah mengikut-ikut atau menciplak ajaran selain Islam kerana ia mengakibat umat akan berpecah-belah dan menjadi lemah. Kini SATU umat Islam menjadi lemah dan berpecah-belah kerana mereka jauh dari pengamalan SATU agama. Mereka terlalu memperbesarkan urusan dan kepentingan peribadi daripada urusan dan kepentingan SATU agama. Demi membina jatidiri dan kekuatan umat, hendaklah kita berSATU di atas SATU ajaran Islam. Yakinilah bahawa tiada ajaran lain yang dapat menyatukan umat melainkan SATU ajaran, iaitu ajaran Islam, tiada lagi sumber kekuatan melainkan dapat diperolehi dengan mengikut SATU ajaran Islam secara total.